Nenek melarikan diri selepas cucu ‘naik minyak’ di Bekenu

PDRM logo.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 16 Julai: Ketakutan melihat cucu lelakinya tiba-tiba mengamuk mengunakan parang, seorang nenek berusia 70 tahun dari Kampung Bulau, Bekeni bertindak melarikan diri dari rumahnya pada malam Isnin lepas (13 Julai).

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10 malam itu, cucu pengadu yang berusia 34 tahun itu tiba-tiba ‘naik minyak’, merosakkan dinding biliknya dengan sebilah parang.

Advertisement

Sehubungan dengan kejadian tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu pada keesokkannya.

Dalam kejadian itu, suspek tidak hanya merosakkan dinding biliknya malah, dipercayai bertindak membuang tilamnya ke luar tingkap.

Bimbang dengan keselamatan diri nya, pengadu bersama suaminya nekad keluar rumah.-DayakDaily

Advertisement