Nanta lawat pejabat KPDNHEP Kapit

Nanta (duduk dua dari kiri) mendengar sesi taklimat di pejabat KPDNHEP cawangan Kapit.

KAPIT, 21 Dis: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merakamkan gambar bersama pegawai dan Anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Kapit selepas mendengar sesi taklimat dipejabat berkenaan hari ini.

Nanta (depan, empat dari kiri) merakamkan gambar bersama pegawai dan anggota KPDNHEP cawangan Kapit.

Lawatan tersebut merupakan lawatan kedua beliau ke pejabat berkenaan sepanjang menjawat jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak Mac lalu.

Nanta meluangkan hampir sejam di pejabat berkenaan bagi mendengar dan mengetahui keperluan anggota dan pegawai KPDNHEP dalam melaksanakan tugasan mereka dengan efektif di seluruh bahagian Kapit. — DayakDaily