This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 28 Jun: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Telekomunikasi.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), sebelum ini ia dikenali sebagai āTelecommunication Engagementā.
Sehubungan itu, satu mesyuarat diadakan pada Selasa (27 Jun) di Kuching yang dipengerusikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi.
Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang.
Pada mesyuarat berkenaan, Julaihi mencadangkan beberapa strategi yang boleh dipraktikkan oleh ahli-ahli mesyuarat.
Antaranya, perancangan infrastruktur, utiliti dan telekomunikasi yang bersepadu dengan mengambil kira untuk mengurangkan isu berkaitan keperluan bekalan elektrik, pemindahan semula struktur utiliti dan telekomunikasi serta akses jalan raya ke tapak struktur telekomunikasi.
Selain itu, usaha menambah baik proses dan prosedur pada peringkat kerajaan, kementerian dan agensi termasuk menetapkan piawai bagi menyediakan perkhidmatan telekomunikasi, dan penekanan atas kempen anti-vandalisme yang perlu diadakan ke seluruh Negeri bagi mengekang isu vandalisme yang dilakukan ke atas infrastruktur, fasiliti utiliti dan telekomunikasi.
Jawatankuasa Koordinasi Telekomunikasi juga berfungsi sebagai saluran untuk melaporkan perkembangan projek yang meliputi aspek seperti peruntukan.
Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengutarakan isu dan cabaran dalam menangani projek yang tertangguh, menggariskan tindakan intervensi untuk menyelesaikan isu atau cabaran termasuk memudahcara bagi perjalanan sebuah projek atau inisiatif-inisiatif dan memfokus perbincangan mengenai hal-hal telekomunikasi di Sarawak. ā DayakDaily