Musim ikan bulu bawa rezeki berganda kepada penduduk tempatan

Penduduk kampung menangkap ikan bulu.
Advertisement

SRI AMAN, Jun 29: Kehadiran ikan bulu di Sungai Kampung Hulu di sini telah mendatangkan hasil berganda kepada penduduk kampung berkenaan.

Seorang penduduk berkata, mereka kini sibuk keluar menjala ikan bulu untuk mencari rezeki lebih memandangkan hasil tangkapan yang diperoleh kali ini lebih lumayan berbanding tahun lalu.

Katanya, dia bersama rakannya keluar rumah seawal pukul 6 pagi untuk ke lubok atau kawasan yang banyak ikan bulu di sungai berhampiran kampung mereka.

Advertisement

“Kami akan memasang jaring sebanyak mungkin dan kutip hasilnya pada waktu pagi keesokan harinya.

“Kebiasannya ikan ini datang dari kawasan muara sungai,” katanya di sini hari ini.

Inilah ikan bulu yang ditangkap penduduk kampung.

Dia menambah, ikan bulu yang diperoleh akan dijual kepada penduduk tempatan dan ada yang dibawa ke pasar tamu di sini.

Katanya, ikan bulu yang diperoleh dijual dengan harga berpatutan kepada warga setempat.

“Kami menjual ikan bulu ini dengan kaedah menggunakan ‘tompok’.

“Setompok ikan bulu atau 10 ekor ikan itu dijual pada harga RM5 sahaja,” ujarnya.

Sambil menambah, dalam tempoh beberapa hari saja, dia boleh meraih hasil kira-kira RM500. — DayakDaily

Advertisement