Murid tahun satu ditemui mati lemas selepas tergelincir dalam sungai

Mangsa ditemui oleh penduduk kampung.

Oleh Dean Adam

MIRI, Jun 24: Seorang murid lelaki Tahun Satu ditemui mati lemas selepas dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam Sungai Baram di Long Banga di sini hari ini.

Mangsa ditemui oleh penduduk kampung kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, sebelum kejadian itu, mangsa dikatakan berkelahi dengan abangnya dan melarikan diri ke sungai di belakang asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Long Banga dekat sini.

Katanya, mangsa kemudian dikatakan naik di atas sebuah batu besar sebelum dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.

“Mangsa cuba diselamatkan oleh abangnya dan tiga rakan lain, namun tidak berjaya,” katanya di sini hari ini.

Sumber menambah, penduduk kampung yang turut menyertai operasi tersebut berjaya menemui mangsa.

Kes berkenaan masih lagi dalam proses siasatan. — DayakDaily