Mohd Azman Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu

Hazani (tengah) menandatangani dokumen Serah Terima Tugas. Turut dalam gambar Mohd Azman (kanan) dan Mancha (kiri).

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 18 April: Bekas Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri memulakan tugas rasmi sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas antara Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata dan Datuk Mohd Azman telah dilakukan di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Majlis tersebut disaksikan oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Hazani Ghazali.


Dato Mancha telah memangku jawatan tersebut sejak 21 Februari lepas.

Sebelum ini Pesuruhjaya Polis Sarawak adalah Dato Aidi Ismail yang kini menjawat jawatan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komunit (JPJKK) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. — DayakDaily