Misteri kehilangan lelaki terungkai, ditemui mati dalam keadaan leher terjerut 

Pasukan SAR mengangkat mayat mangsa.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Dean Adam

KAPIT, Mei 3: Misteri kehilangan seorang lelaki sejak 30 April lepas akhirnya terungkai apabila dia ditemui mati di kawasan hutan di Melatai Ulu Kapit, lewat petang semalam.

Bagaimanapun, mayat mangsa, Kenek Antok, hanya dibawa keluar dari kawasan hutan tersebut hari ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat lelaki malang tersebut ditemui pada pukul 5 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Jelasnya, mangsa dijumpai mati dalam keadaan bahagian lehernya terjerut pada akar kayu di situ.

Kelihatan mangsa yang ditemui.

“Perjalanan membawa mangsa ke kem Nanga Gaat diteruskan dan sampai pada pukul 12 tengah malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap sama menambah, operasi seterusnya membawa mangsa ke Kapit untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR ditamatkan pada 8.30 pagi tadi,” katanya lagi. — DayakDaily