Misi kembara bantuan kebajikan sempena Hari Gawai Dayak

Poster misi kembara bantuan kebajikan MyGawai yang disiarkan dalam laman Facebook Sarawak Volunteers.

KUCHING, Mei 23: Sarawak Volunteers dengan kerjasama Kenyalang Rangers akan menjalankan misi kembara bantuan kebajikan MyGawai sempena perayaan Hari Gawai Dayak yang akan menjelang.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru masyarakat untuk menghulurkan sumbangan kepada misi terbabit bagi diberikan kepada keluarga yang tidak bernasib baik yang akan meraikan perayaan itu.

“Bantuan boleh disalurkan dalam bentuk makanan asasi dan sumbangan kewangan,” menurut Sarawak Vounteers di laman Facebooknya.


Sumbangan terbabit yang berbentuk makanan asasi adalah seperti beras, gula, minyak masak dan sebagainya.

Manakala sumbangan kewangan boleh di hulurkan orang ramai melalui akaun bank CIMB kepada Persatuan Sukarelawan Sarawak yang bernombor 8603393704.

Orang ramai yang mahu maklumat lanjut berkenaan MyGawai bolehlah menghubungi Syawal di talian 014-5953947 atau Fergie di talian 016-8092064. — DayakDaily