Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) kembali ke Borneo Jun ini

Dr Hazland (tiga kiri) mempromosi Expo IEW 2023 di Kuching hari ini.

KUCHING, 21 Mac: Expo Dan Persidangan Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2023 bakal diadakan pada 13 – 15 Jun ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Timbalan Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata, acara akan menghimpunkan seramai 5,000 pengunjung dan 200 pempamer.

Bertemakan ‘Transitioning Towards A Net-Zero Carbon Future’, Edisi ke-5 IEW katanya akan menonjolkan usaha Sarawak menggunakan sumber tenaga sedia ada dalam memperkasakan ekonomi selain meletakkan Sarawak sebagai pendahulu pengamal tenaga bersih.


“Kementerian dijangka akan mengumumkan beberapa pelaburan luar pada acara ini nanti,” katanya pada sidang media di BCCK hari ini.

Antara pempamer yang akan mengambil bahagian dalam Expo IEW 2023 ialah Shell Sarawak, Technip, JX Nippon Oil & Gas Exploration, Velesto Energy, PETRONAS, SEDC Energy, Sarawak Energy Berhad, Petroleum Sarawak (PETROS).

Turut mengambil bahagian Regional Corridor Development Authority (RECODA), Petra Energy, Huawei Technologies dan Mubadala Energy.

“Fokus utama expo ini nanti ialah untuk mempamerkan pelbagai inovasi, teknologi dan inisiatif ke arah masa depan yang mampam.

“Teknologi kuasa diperbaharui seperti solar, hidro dan biomas turut dipamerkan,” kata kata Dr Hazland. — DayakDaily