Minggu ke-9 epidemik catat 55 kes positif Covid-19

File photo for illustration purposes only. Photo credit: Pixabay

KUCHING, 6 Feb: Minggu epid ke-9 kes positif Covid-19 menyaksikan peningkatan empat kes positif dibandingkan minggu sebelumnya.

“Sebanyak 55 kes dicatatkan pada minggu epid ke-9 berbanding 51 pada minggu sebelumnya,” kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini.

Ini menjadikan kes kumulatif setakat ini meningkat kepada 324,636 kes.


Pada minggu epid ke-9 kata JPBN, sebanyak 52 kes tergolong dalam kategori 1 dan 2 manakala tiga kes dicatatkan dalam kategori 3, 4 dan 5.

Daerah Kuching terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 23 kes positif.

Manakala Daerah Miri mencatatkan sembilan kes, Bintulu (6), Sibu dan Samarahan masing-masing mencatatkan lima kes.

Tiada kematian direkodkan bagi minggu epid ke-8. — DayakDaily