Menaiktaraf kemudahan pendidikan, internet, jalanraya dan ICQ terus menjadi perhatian Riot

TERUS BERKHIDMAT: RIchard Riot (tengah) ditemani ADUN Bukit Semuja John Ilus (kanan), ADUN Kedup Martin Ben (belakang), ADUN Tebedu Simon Sindang ( kiri) dan penyokong nya semasa ditemui pemberita selepas proses penamaan calon semalam.

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Datuk Richard Riot Jaem yangakan mempertahan kerusi Parlimen Serian pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU) menegaska keperluan untuk membina banyak lagi sekolah dan kemudahan di Serian.

“Kita mesti membina SMK Serian No.2 dan SK Sri Sadong untuk menampung populasi penduduk yang semakin bertambah.

“Kita juga perlu menaiktaraf kelajuan internet dan melebarkanJalan Serian-Tebedu dari satu lorong kepada lebuhraya empat lorong untuk menampung keperluan dan pembangunan di kawasan tersebut,” kata beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Serian selama tujuh penggal semasa ditemui pemberita selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Serian semalam.


Selain daripada itu, Riot juga memberitahu bahawa keperluan segera untuk menaiktaraf status Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di Tebedu yang menjadi penghubung ke Kalimantan.

“Hanya Pusat ICQ Tebedu yang menjadi pintu kemasukan antarabangsa di antara Malaysia dan Indonesia melalui jalan darat di Tebedu. Saya bukan sekadar mahukan kompleks yang sedia ada dinaiktaraf tetapi juga saya mahuka sebuah kompleks yang baru,” kata beliau.

Beliau juga menegaskan keperluan masyarakat, ketua komuniti dan ejensi penguatkuasa bekerjasama menjaga keselamatan di sempadan antara Sarawak dan Kalimantan, yang merangkumi sebahagian daripada daerah Tebedu.

Beliau yang dilihat bersemangat hadir untuk proses penamaan calon semalam mendapat sokongan penuh daripada tiga ADUN dibawah Parlimen Serian iaitu ADUN Kedup Martin Ben, ADUN Bukit Semuja John Ilus dan ADUN Tebedu Dr Simon Sindang.

Beliau akan dicabar tiga calon iaitu Learry Jabul dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), calon Bebas, Alim Impira dan Elsiy Tinggang dari Parti Sarawak Bersatu (PSB). — DayakDaily