Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi dijadikan acara bulanan

Abang Johari (dua dari kanan) mengibarkan bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi. Foto: UKAS
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 28 Julai: Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi akan diadakan sebulan sekali di Dataran Ibu Pertiwi di Kuching.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ia sangat penting kerana Dataran Ibu Pertiwi merupakan satu kawasan tarikan pelancong baharu di Bandaraya Kuching.

Advertisement

Katanya, ia adalah sebahagian daripada proses menaikan bandaraya sebagai satu kawasan yang bersih, mampan dan lestari.

“Upacara akan diadakan pada minggu pertama setiap bulan dan akan dikelolakan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

” Kalau di Britain upacara seperti ini dikenali sebagai ‘change of guard’, dan dikongsikan bersama pelawat.

“Upacara menaikan bendera Ibu Pertiwi ini sangat bermakna dan kita juga mahu ia dikongsikan bersama pelawat,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian pada sidang media selesai Upacara Menaikan Bendera Ibu Pertiwi di sini, hari ini.

Abang Johari bersama tetamu jemputan dan pelajar sekolah di Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi. Foto: UKAS

Tambah Abang Johari, upacara juga menjadi satu inspirasi kepada rakyat untuk terus memajukan Sarawak sebagai wilayah yang maju dan makmur.

Ujar beliau, Dataran Ibu Pertiwi memiliki sejarah tersendiri yang memberi makna yang besar khasnya kepada generasi muda.

“Di bina berhadapan dengan Sungai Sarawak, ia adalah satu kawasan sejarah.

” Dataran ini memyaksikan pelbagai catatan sejarah daripada kerajaan Brunei ke pemerintahan Brooke.

“Kemudiannya era pemerintahan Inggeris dan sehingga kini kerajaan Malaysia,” kata Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement