Melambung ‘yee sang’, BN harap kemenangan besar dalam PRU14

Ahmad Zahid (tengah) disambut ketika mengunjungi kediaman Dr Sim.

KUCHING, Mac 4: Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Ketua Menteri dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Jemut Masing dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Professor Datuk Dr Sim Kui Hian mengharapkan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti besar pada Pilihanraya Umum Ke-14 PRU) tahun ini.

Ini selepas ketiga-tiga mereka bersama melaungkan “BN menang dengan majoriti besar dua pertiga,” ketika melakukan upacara “yee sang” di kediaman Dr Sim, di sini hari ini.

Disamping itu, Dr Sim yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika upacara terbabit turut menambah yang beliau juga mengharapkan semua penyokong dan pemimpin BN sentiasa sihat dan menjaga kesihatan mereka.


“Kesihatan juga penting. Kalau kita tidak sihat bagaimana hendak memastikan BN menang dengan besar,” katanya sebelum selesai upacara itu.

Juga menyambut Timbalan Perdana Menteri bersama isterinya Datin Seri Hamidah Khamis mengunjungi dan makan tengahari di rumah Presiden SUPP itu ialah isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang dan Ketua Kaum Temengong Tan Joo Phoi. — DayakDaily