MBKS tambah kekerapan program pemberian vaksin anti-rabies

Wee di program pemberian vaksin anti-rabies di MBKS.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 28 April: Dewan Masyarakat MBKS hari ini sekali lagi mengadakan program pemberian vaksin anti-rabies secara percuma.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng berkata, ia kedua kali diadakan pada tahun 2024 sebagai langkah mengawal wabak tersebut.


“Kita menambah kekerapan program ini daripada 2 kali setahun kepada 4 kali setahun.

“Kita juga berbangga kerana Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Perbandaran Padawan turut mengambil langkah yang sama,” kata Wee.

Menurut beliau, rabies kekal menjadi ancaman kepada haiwan peliharaan dan kesihatan awam.

Justeru Wee berharap semua pihak berganding bahu dalam usaha memerangi wabak tersebut. — DayakDaily