This Content Is Only For Subscribers
Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
KUCHING, 23 Jun: Bau busuk dari sebuah rumah di Batu 4 di sini terjawab dengan penemuan mayat manusia yang semakin mereput hari ini.
Sumber memberitahu mayat tersebut ditemui orang awam yang melimpasi rumah kosong tersebut sekitar jam 7 pagi tadi.
Orang awam terbabit kemudian terus menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Anggota dari Balai Polis Kota Sentosa dikerahkan ke lokasi kejadian selepas laporan diterima.
Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad semasa dihubungi mengesahkan penemuan tersebut dan memberitahu siasatan masih dijalankan. — DayakDaily
Advertisement