SONG: Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemui terapung di Sungai Nanga Iran, Batang Rajang, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dari balai polis Song pada jam 7.21 pagi.
“Kita dimaklumkan bahawa orang awam melihat mayat terapung di permukaan sungai.
“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song telah berjaya menjumpai mayat pada jam 8.08 pagi dengan jarak anggaran 5 kilometer dari jeti,” katanya di sini hari ini.
Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Advertisement