Mayat lelaki ditemui di Saratok

PDRM logo

SARATOK, 9 Jan: Mayat seorang lelaki dijumpai terdampar di tebing Sungai Wharf Jelatong, Sungai Krian di sini sekitar jam 1 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin berkata mayat terbabit telah dibawa ke Hospital Saratok untuk proses bedah siasatan

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pihak polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat kententeraman awam dan menganggu siasatan polis. — DayakDaily