Mayat ditemui di Jalan P Ramlee

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) hadir di lokasi kejadian untuk membantu mengangkat mayat mangsa.
Advertisement

KUCHING, 13 Dis: Mayat seorang lelaki ditemui di Wisma Hopoh di Jalan P Ramlee, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata mayat lelaki berusia 66 tahun itu ditemui orang awam yang kemudian melaporkan kepada polis pada jam 6.45 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Polis Sentral dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Advertisement

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). — DayakDaily

Advertisement