KUCHING, 7 Dis: Mattasan Bohari dinobat sebagai pemenang Kategori Lelaki Anugerah Belia Sarawak 2024.
Pada Sambutan Hari Belia Sarawak 2024 yang diadakan di Mukah hari ini, kategori wanita pula dimenangi Debbie Gibson Medan.
Dengan pengikitraf tersebut, Mattasan dan Debbie masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000 setiap seorang.
Manakala bagi kategori pertubuhan, tempat pertama dimenangi Persatuan Belia Miri, diikuti Persatuan Junior Chamber International Sibu di tempat kedua.
Dengan kejayaan itu, Persatuan Belia Miri memenangi RM10,000, manakala Persatuan Junior Chamber International Sibu meraih RM7,000.
Hadiah disampaikan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Abdul Karim mewaklili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pada masa yang sama, Anugerah ‘Malaysia Book of Records’ turut diberikan kepada beberapa belia yang berjaya mencipta rekod dengan menghasilkan lukisan di atas dinding mural menggunakan tudung botol minuman terbanyak setakat ini. — DayakDaily