Masjid Darul Hana, Petra Jaya diarah tutup

Quran. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, Mac 16: Masjid Darul Hana di Petra Jaya diarahkan tutup serta merta bermula hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Hana menerusi satu kenyataan mendedahkan arahan tersebut telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Ia adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan setelah didapati sejumlah jemaah tabligh yang menghadiri Majlis Ijtimak di Masjid Sri Petaling telah beriktiqaf di Masjid Darul Hana pada Mac 6 hingga 8 lepas.


Perkembangan terkini akan dimaklumkan pihak pengurusan masjid dari semasa ke semasa. — DayakDaily