Masalah teknikel di Loji Rawatan Air Bayai punca gangguan bekalan air di Bandar Simanggang

File photo for illustration purposes

KUCHING, 12 DIS: Masalah teknikal pada muka sauk di Loji Rawatan Air Bayai yang berlaku pada 5 Disember 2020 dikenalpasti menjadi punca utama gangguan bekalan air yang berlaku di Bandar Simanggang sejak beberapa hari yang lalu.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar(JBALB) menerusi satu kenyataan hari ini berkata keadaan itu telah menyebabkan kapasiti pengeluaran air terawat di loji tersebut berkurangan secara mendadak dan tidak berupaya menampung permintaan bekalan air di bandar tersebut.

“Kerja-kerja baik pulih telah dilakukan oleh pihak JBALB Bahagian Sri Aman dan telah selesai dilakukan pada Khamis,10 Disember 2020.


“Namun demikian, tekanan bekalan air memerlukan sedikit masa untuk kembali pulih seperti biasa terutama bagi kawasan-kawasan tinggi dankawasan ‘end point’.

“Penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki turut dilakukan oleh pihak JBALB ke kawasan-kawasan yang terjejas,’kata JBALB.-DayakDaily