Masalah dadah di Sarawak tidak membimbangkan — Abdul Karim

Abdul Karim mempengerusikan Mesyuarat Penyelaras PEMADAM Negeri Sarawak di Kuching hari ini.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 4 Nov: Masalah dadah di Sarawak tidak membimbangkan, berada di kedudukan keempat paling rendah dari segi indek jenayah dadah di Malaysia.

Namun tegas Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, kerajaan tidak melihat masalah ini dengan lewa.

Advertisement

Katanya, ia perlu dilihat secara holisitik oleh semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan masyarakat.

“Untuk mendapat sifar dalam kes dadah adalah agak mustahil, walaupun dalam tempoh 10 hingga 15 tahun kita meletakan sasaran sifar.

“Kita tak pernah capai sasaran sifar dadah. Dalam usaha kita dalam mengurangkan kes dadah, kegiatan dadah melibatkan jumlah wang yang lumayan.

“Apabila lumayan, mereka (sindiket) mengatur program untuk menangani kita,” katanya pada sidang media selesai Mesyuarat Penyelaras PEMADAM Negeri Sarawak di Kuching hari ini.

Tambah Abdul Karim merangkap Pengerusi PEMADAM, pihaknya sentiasa melaksanakan tugas demi memastikan kes dadah dikawal.

Katanya, kes dadah di negeri ini menunjukan trend turun naik dengan adanya penglibatan pelajar sekolah dan Universiti pada setiap tahun.

“Tapi kita mesti sentiasa bertindak supaya kadar indek dadah ini berada di peringkat rendah,” ujar Abdul Karim.

Terdahulu beliau telah menyerahkan papan tanda kepada lima buah PEMADAM Daerah baharu iaitu Siburan, Sebuyau, Gedong, Lingga dan Pantu. — DayakDaily

Advertisement