Manyin sah tidak pertahan DUN Tebedu

Datuk Amar Michael Manyin Jawong

KUCHING, 23 Nov: Menteri Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu Datuk Amar Michael Manyin Jawong mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi DUN Tebedu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12).

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), beliau sudah memaklumkan perkara tersebut kepada Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

ā€œSaya sudah membuat keputusan dan Ketua Menteri (Abang Johari) menerimanya.

ā€œIa (keputusan itu) adalah rasmi,ā€ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Kepimpinan Pendidikan Serian di sini hari ini.

Tambahnya, beliau sudah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu selama 25 tahun iaitu sejak 1996.

Berikutan keputusan itu, GPS, katanya, akan meletakkan muka baharu di kerusi majoriti Bidayuh tersebut. ā€” DayakDaily