Mangsa tanah runtuh di Kg San Munggor, Sri Aman mohon bantuan rumah

Abun (kanan) semasa melawat rumah Messlina (kiri) di Sri Aman pada Selasa (7 Mei 2024).

By DayakDaily Team

KUCHING, 8 Mei: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Abun Sui Anyit memohon pihak berwajib membantu mangsa tanah runtuh di Sri Aman dengan kadar segera.

Kata Abun, rumah mangsa Messlina yang terletak di Kampung San Munggor rosak teruk dalam kejadian tanah runtuh pada 24 April lepas.


“Mangsa kini menginap sementara di rumah saudara mengharapkan pihak yang berkenaan dapat membantu dengan kadar segera.

“Messlina yang mempunyai dua orang anak kecil mengharapkan diberi rumah di bawah Skim Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” kata Abun dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau meminta Jabatan Alam Sekitar memberikan nasihat sama ada lokasi asal rumah mangsa selamat untuk diduduki.

Jika tidak, katanya, tempat baharu berdekatan perlu dijadikan tapak rumah bagi Messlina dan keluarga. — DayakDaily