Mangsa perahu karam, masih gagal ditemui

Operasi SAR mangsa hari ini.
Advertisement

KAPIT, 5 Ogos: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang hilang selepas perahu dinaiki bersama ibu bapa dan adiknya karam berdekatan jeti Kapit masih belum ditemui.

Pasukan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa, Jenggut Antas yang bermula sejak awal pagi tadi masih gagal menemui mangsa yang dikhuatiri lemas sehingga operasi pada jam 6 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata radius pencarian hari ini adalah dianggarkan 20 kilometer ke hilir sungai bermula dari lokasi perahu dinaiki mangsa karam.

Advertisement

“Pasukan penyelamat juga berdepan kesukaran berikutan keadaan aliran sungai yang sangat deras serta hujan lebat.

“Sehingga sekarang mangsa masih belum dijumpai dan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 6 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut terlibat dalam operasi SAR tersebut ialah Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak Lambaga Sungai Kapit.

Kaedah pencarian adalah menggunakan teknik water surface searching.

Kejadian bot karam tersebut dilaporkan berlaku pada jam 9.45 pagi ketika mangsa dan keluarganya dalam perjalanan ke pekan Kapit.

Difahamkan perahu dinaiki keluarga terbabit mengalami masalah enjin yang mati dan gagal dihidupkan semula sehingga ia hanyut lamu melanggar tongkang yang sedang berlabuh.

Perlanggaran tersebut menyebabkan perahu tersebut karam.

Ibu bapa serta adik mangsa berjaya menyelamatkan diri. — DayakDaily

Advertisement