LIMBANG, 3 Feb: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak isnin lalu (1 Feb) ditemui maut sekitar jam 11 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata operasi mencari dan menyelamat yang di lakukan hari ini pada jarak kira-kira dua kilometer radius dari lokasi mangsa di laporkan hilang.
“Ops SAR hari kedua ini dilakukan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air.
Katanya, dalam kejadian mangsa, 52 telah pergi ke tebing sungai Limbang berdekatan dengan rumah panjangnya untuk memeriksa perahu. Namun demikian mangsa yang tidak pulang ke rumah selain tidak dapat dikesan membuat keluarganya melaporkan kehilangan mangsa.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 11.15 pagi tadi lebih kurang dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
” Penemuan mayat mangsa itu disahkan sendiri oleh ahli keluarganya dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakkan selanjutnya.
Sementara itu, dalan kejadian berasingan, seorang warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari lokan bersama cucunya di tepi laut Bajong Sebangan, Simunjan semalam ditemui selamat har ini (3 Feb).
Mangsa, 72, ditemui anak saudaranya sekitar jam 8.00 pagi tadi berhampuran sungai Selan, Bajong dekat Kampung Rambai, Simunjan.
“Mangsa berada dalam keadaan lemah ketika ditemui pagi tadi dibawa ke Klinik Kesihatan Sebangan untuk pemeriksaan lanjut dan telah dibenarkan balik sekitar jam 12.00 tengahari tadi,” katanya. -DayakDaily