Mangsa banjir di Long Iman menerima bantuan

Pasukan MOCSAR membantu mengagihkan bekalan makanan kepada penduduk yang terjejas.
Advertisement

Oleh Juetila Ozzy

MARUDI, 22 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala hadir melawat penduduk di Kampung Long Iman yang terjejas akibat banjir hari ini.

Difahamkan beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri tiba dengan menaiki penerbangan ke Mulu dan seterusnya menggunakan perahu besi ke Long Iman.

Advertisement

Gerawat dalam lawatan tersebut turut menyampaikan sumbangan 100
pek bekalan makanan kepada penduduk yang terjejas.

Turut sama dalam mengagihkan sumbangan tersebut iakah anggota Bomba Bantuan dari Unit Mountain Cave Search and Rescue (MOCSAR). — DayakDaily

Advertisement