Malaysia menarik banyak pelaburan Jepun: Riot

Riot menerima cenderahati daripada Oki di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur hari ini.

KUCHING, July 21: Malaysia yakin banyak syarikat gergasi dari Jepun akan melabur di Malaysia, kata Duta Khas Perdana Menteri Ke Taiwan, Jepun dan Korea Selatan, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

“Sebentar tadi saya telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Duta Jepun ke Malaysia, Oka Hiroshi, di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

“Topik perbincangan berkisar kepada pelaburan negara Jepun ke Malaysia. Dimaklumkan 1,400 syarikat gergasi negara Jepun telah pun bertapak di Malaysia dan memberi pekerjaan kepada 340,000 orang, antaranya syarikat Mitsui dan Taiyo Yuden,” jelas Riot dalam satu kanyataan melelaui WhatsApp hari ini.


Beliau yang juga Ahli Parliamen Serian, mengucapkan jutaan terimakasih kepada negara Jepun di atas pelaburan-pelaburan besar tersebut.

“Melalui perbincangan ini juga, saya yakin lebih banyak lagi syarikat Jepun akan melabur di Malaysia,” tambah beliau.

Baru-baru ini Riot juga menerima kunjungan hormat daripada Ketua Misi Pejabat Kebudayaan dan Ekonomi Taipei di Malaysia Anne Hung.

Ketika kunjungan berkenaan, Riot berkata, Malaysia dan Taiwan akan terus bekerjasama dalam pelaburan termasuk dalam bidang pertanian moden.

Kebudayaan diantara kaum pribumi di Taiwan dan masyarakat Bidayuh di Sarawak juga disentuh dalam pertemeuan tersebut kerana dikatakan banyak persamaan.—DayakDaily