Maklumkan SDMC, JKM jika ingin beri sumbangan kepada kawasan PKPD

Fatimah melihat bekalan makanan yang akan di berikan kepada penduduk di Kampung Sungai Maong yang di kenakan PKPD

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 18 Feb: Orang persendirian, pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) atau badan korporat yang menyumbangkan bantuan atau bakul mankanan kepada penduduk di kawasan perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) perlu memaklumkan niat tersebut kepada Jawatankuasa pengurusan bencana Negeri (SDMC) terlebih dahulu.

Menteri Kebajikan, kesejahteraan Komuniti, Wanita, keluarga dan pembangunan kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ia bagi membolehkan koordinasi bantuan tersebut dapat dilakukan mengikut aturan yang sepatutnya sesuai dengan prosedur operasi Standard di kawasan yang di kenakan PKPD.


“Kita mahu memastikan semua selamat dari segi barangan yang disumbangkan disebabkan ada sesetengan barangan yang disumbangkan perlu dilakukan nyahkuman maka kita akan lakukannya sebelum kita hantarkannya.

“Dari segi kuantitinya pula kita ingin memastikan setiap bantuan yang disumbangkan itu sampai kepada penerimanya dan semua dapat memperolehi bantuan yang disalurkan itu,” katanya ketika ditemui selepas memantau Pengurusan Pengagihan Bakul Makanan kepada 829 penduduk oleh Jabatan kebajikkan Masyarakat (JKM) Sarawak di Kampungg Sungai Maong di sini.

Fatimah melihat bekalan makanan yang akan di berikan kepada penduduk di Kampung Sungai Maong yang di kenakan PKPD

Katanya, sumbangan daripada semua pihak bagi penduduk dalam kawasan PKPD sentiasa alu-alukan dalam usaha meringankan serta memudahkan urusan penduduk di kawasan terbabit.

Namum demikian kata Fatimah, setiap sumbangan tersebut harus melalui SDMC atau JKM memandangkan individu terlibat (penyumbang bantuan) tidak dibenarkan memasuki kawasan terbabit selain daripada kakitangan SDMC.

“Sebab utama kita melakukan ‘lockdown’ atau PKPD ini adalah kerana kita tidak mahu orang di dalam kawasan itu untuk keluar daripada kawasn terbabit dan begitu juga sebaliknya.

“Ini bagi membolehkan Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) dapat dilakukan dengan berkesan dan kita dapat memutuskan rantian jangkitan terbabit khususnya di kawasan yang di kenakan PKPD ini,” katanya. — DayakDaily