Maklum kpd polis sekiranya ada yang mengunakan jalan tikus keluar masuk kpg Hj Baki

Lo Khere Chiang ketika siaran langsung "Stay With Haji Baki-Live Day 6" di Facebooknya malam ini.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 5 Nov: Penduduk Kampung Haji Baki di bandar raya ini dinasihatkan memaklumkan kepada polis sekiranya ada penduduk mengunakan jalan tikus bagi keluar masuk kampung itu yang sedang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang berkata ini kerana sudah tiada lagi kes positif Covid-19 dikesan di kampung itu hari ini dan sekiranya ini berterusan maka PKPD di kampung itu akan tinggal enam hari sahaja lagi.

“Tapi kalau ada orang keluar masuk (kampung) gunakan jalan tikus, dan (Kampung) Haji Baki kena kes (Covid-19) lagi, akan kena tambah 14 hari lagi lock down (PKPD), itu sangat susah,” katanya ketika mengadakan siaran langsung “Stay With Haji Baki-Live Day 6” di Facebooknya malam ini.


Segelintir penduduk kampung itu mendedahkan mengenai jalan tikus terbabit dan berikutan itu Lo menasihatkan penduduk kampung itu terus bersabar dengan PKPD terbabit yang tinggal enam hari sahaja lagi bagi cukup tempohnya selama 14 hari.

“Kalau (penduduk kampung) ada nampak orang guna jalan tikus, nasihatkan (mereka) dan memberitahu polis. Saya juga akan menasihatkan polis dan kita akan pantau sebaiknya,” katanya.

Lo berkata ketika ini ada seramai 25 orang penduduk kampung terbabit yang masih dirawat di hospital kerana dikesan telah dijangkiti Covid-19 dan lima orang penduduk kampung itu pula sudah sembuh.

Beliau berkata keseluruhannya seramai 813 penduduk kampung itu telah menjalani ujian pengesanan Covid-19 hari ini dan setakat ini tiada ujian terbabit yang ada didapati positif. — DayakDaily