Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Ke-61 ditangguh

A Muslim man heading for prayers - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 16 April: Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Kali Ke-61 yang dijadualkan bermula esok (17 April) hingga 19 April ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pejabat Menteri Muda  Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu dilakukan selepas mengambil kira perkembangan terkini penularan jangkitan Covid-19 di Sarawak.

“Jawatankuasa Pengelola Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-61 Tahun 1442H/ 2021M mengambil maklum mengenai perkembangan terkini penularan jangkitan Covid-19 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.


“Maka diumumkan bahawa Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Kali Ke-61 yang akan diadakan pada Sabtu (17 April) hingga Isnin (19 April) ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Kata kenyataan itu, penangguhan majlis tersebut juga turut mengambil kira nasihat daripada Pejabat Ketua Menteri Sarawak dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengenaai risiko penularan Covid-19 jika majlis tersebut diteruskan.

Jelasnya, penanguhan itu tidak dapat dielakkan dan amat menyesali segala kesulitan yang tibul susulan penanguhan majlis berkenaan. — DayakDaily