Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri Sarawak ditangguh

The Sarawak State Crest

KUCHING, 9 Nov: Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri Sarawak yang dijadualkan pada 11 dan 18 November, 2020 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Astana Kuching menerusi satu kenyataan hari ini berkata, ia sebagai mematuhi arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan rasmi bertarikh 7 November, 2020.

“Majlis raptai pada hari Selasa, 10 November 2020 dan Selasa, 17 November 2020 turut dibatalkan,” menurut kenyataan itu.


Justeru, semua penerima yang telah dijemput untuk hadir ke majlis-majlis tersebut diminta mengambil maklum arahan penangguhan. — DayakDaily