Lydia Hyginus dinobat Ratu Sarikei

Lydia (duduk) dinobat Ratu Sarikei. Foto: Ukas

KUCHING, 4 Dis: Lydia Hyginus dinobat selaku Ratu Sarikei sempena Pesta Nanas Dan Buah-Buahan Sarikei 2023.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), tempat kedua pula disandang Vanessa Grace Tali dan tempat ketiga milik Rosiah Arbi.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Datin Aisyah Awing, isteri kepada Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar merangkap Adun Kuala Rajang Datuk Len Talif Salleh.


Seramai tujuh peserta telah terpilih pada peringkat akhir yang diadakan di Pentas Utama, Dewan Suarah Sarikei dengan disaksikan ribuan warga Sarikei.

Pertandingan Ratu Sarikei ini merupakan antara kemuncak program sepanjang Pesta Nanas Dan Buah-Buahan Sarikei 2023 yang bermula 17 November lalu dan berakhir pada 3 Disember 2023.

Kemeriahan pesta ditambah dengan kemunculan artis jemputan istimewa iaitu Ayai Ilusi dengan menghiburkan ribuan yang hadir pada malam ini dengan lagu-lagu terkenal beliau. — DayakDaily