Lori terbakar di Kuching

Operasi pemadaman kebakaran oleh anggota Balai Bomba Petra Jaya.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 14 Jan: Sebuah lori dilaporkan tiba-tiba terbakar di Jalan Datuk Haji Daud Abdul Rahman hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.03 pagi.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya terus ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
“Menurut komander operasi, setiba di lokasi kejadian didapati lori tersebut sedang terbakar dan musnah 100 peratus di bahagian hadapan.
“Pihak bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula air dari jentera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, operasi memadam api tamat sepenuhnya pada jam 10.25 pagi.
“Kebakaran tiada melibatkan sebarang kecederaan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. — DayakDaily