Lori tangki terbalik dan terbakar, pemandu nyaris maut

Kelihatan kemalangan membabitkan sebuah lori tangki minyak.

Oleh Dean Adam

MIRI, Feb 17: Seorang pemandu lori tangki minyak berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan yang dipandu terlibat dalam kemalangan sebelum terbalik dan terbakar di KM51, Jalan Miri-Bintulu di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu telah mengakibatkan kenderaan yang membawa muatan petrol tersebut terbakar 100 peratus.


Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.33 pagi.

Katanya, sejurus itu sepasukan anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar lori tangki minyak itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu lori yang berusia 30 tahun selamat dan berjaya keluar dari kenderaan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Law menambah, semasa kejadian, lori tangki minyak tersebut telah melintang di atas jalan raya lalu menyebabkan laluan tidak dapat dilalui dari kedua-dua arah.

Katanya, bagaimanapun keadaan dilaporkan terkawal tanpa ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Pemandu yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan,” katanya. ā€” DayakDaily