Loji Rawatan Air Bayai dinaiktaraf dengan kos RM145 juta

Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 9 Dis: Kementerian Utiliti menerusi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBLAB) akan menaiktaraf Loji Rawatan Air Bayai di Sri Aman dengan kos RM145 juta.

Menteri Utiliti Datuk Seri Dr Stephen Rundi berkata, ia melibatkan kerja-kerja pemasangan paip untuk mendapatkan sumber air mentah dari Engkilili.


“Sumber air mentah akan diperolehi dari Engkilili iaitu dari Batang Lupar dan disalurkan ke loji tersebut.

“Projek sudah diluluskan dan kini dalam proses tender,” katanya pada satu sidang media di Loji Rawatan Air Batu Kitang di sini, hari ini.

Menurut Dr Rundi terdapat keperluan untuk menaiktaraf Loji Rawatan Air Bayai setelah ia kerap mengalami kekurangan sumber air mentah khususnya pada musim kemarau.

Pada tahun lepas, beberapa kawasan di Bahagian Sri Aman mengalami masalah bekalan air yang serius setelah lapan loji rawatan di bahagian tersebut telah mengalami penurunan paras air.

JBALB telah meminta orang ramai supaya menjimatkan penggunaan air selain melaksanakan penghantaran bekalan air ke kawasan yang terjejas. — DayakDaily