LO: Projek Naiktaraf Persimpangan Landeh siap Februari 2021, manfaat 8,000 penduduk

Lo(empat dari kanan) pada lawatan ke tapak projek persimpangan Landeh. Turut kelihatan Ahmad(tiga dari kanan)
Advertisement

Oleh Chris Bishop

PADAWAN, 12 SEPT: Projek naik taraf Persimpangan Landeh dengan kos RM1 juta dijadualkan siap pada Februari 2021 bakal memberi manfaat kepada lebih 8,000 penduduk sekitarnya.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan(MPP) Lo Khere Chiang berkata, persimpangan itu bakal dipasang dengan lampu isyarat dan kerja-kerja di tapak projek sedang giat dilaksanakan.

Advertisement

ā€œKeseluruhan kerja-kerja naik taraf akan memakan masa selama 6 bulan bermula September ini.

ā€œKita yakin projek akan siap sepenuhnya pada Februari 2021,ā€™kata Lo ketika ditemui semasa lawatan beliau ke tapak projek hari ini.

Tambah beliau yang juga ADUN Batu Kitang, pihak MPP telah menerima banyak permintaan daripada penduduk agar persimpangan tersebut dipasang lampu isyarat.

Katanya, anggaran 8,000 penduduk di sekitar Landeh keluar ke ke jalan utama melalui persimpang tersebut dan ia akan menjadi sangat sesak pada waktu puncak.

Selain itu ujar Lo, penduduk di lebih 100 perkampungan di Puncak Borneo turut menggunakan jalan tersebut untuk ke Bandaraya Kuching.

ā€œSiap kelak, penduduk akan menikmati perjalanan yang lancar dari Puncak Borneo ke Bandaraya Kuching dengan tidak perlu berhenti di persimpangan kerana akan di bina lorong jalan terus,” ujar Lo.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim.-DayakDaily

Advertisement