Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, kediaman mereka musnah terbakar

Keadaan api yang marak membakar sebuah rumah di Jalan Tatau Bintulu-Separai.
Advertisement

TATAU, Ogos 15: Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Jalan Tatau Bintulu-Separai di sini musnah terbakar pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2.16 pagi itu telah mengakibatkan sebuah rumah kayu setingkat ranap terbakar 100 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Nazari Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran tersebut pada pukul 2.18 pagi.

Advertisement

Katanya, sepasukan 11 anggota bomba dari BBP Tatau kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan kerja-kerja memadam kebakaran.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar rumah berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian bertindak membuat pemadaman api dan kebakaran itu terkawal pada pukul 2.27 pagi,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nazari memberitahu, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua lima sekeluarga yang mendiami rumah itu berjaya keluar menyelamatkan diri.

Katanya, penghuni kediaman berkenaan juga gagal menyelamatkan pelbagai barangan penting disebabkan api marak dengan cepat.

“Kejadian itu juga tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Buat masa ini pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu,” ujarnya lagi. ā€” DayakDaily

Advertisement