This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 28 Ogos: Lima buah rumah jenis dua tingkat di RPR Batu Kawa terlibat dalam satu kebakaran.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.12 petang ini.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan Padungan dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Anggota dari BBP Batu Lintang memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki, 2 nozel, manakala BBP Padungan membuat ‘fire break’ di rumah keempat dan kelima.
“Sehingga kini, pihak Bomba sedang menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Difahamkan terdapat seorang kanak-kanak berusia 6 tahun masih hilang di lokasi kejadian.
Bagaimanapun belum ada pengesahan sehingga berita ini ditulis.
Operasi memadam kebakaran masih giat dijalankan.
Berita selanjutnya menyusul selepas ini.
— DayakDaily