Lima keluarga rugi kira-kira RM450,000 akibat kebakaran

Kebakaran melibatkan lima pintu rumah panjang.
Advertisement

Oleh Dean Adam

BARAM, Julai 13: Lima keluarga kerugian mencecah RM450,000 selepas kediaman mereka di Long Palai musnah terbakar, hari ini.

Kebakaran tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5 pagi.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Bagaimanapun katanya, kebakaran tersebut telah mengakibatkan lima keluarga terbabit mengalami kerugian yang besar.

Kebakaran dilaporkan berlaku jam 5 pagi

“Kejadian itu juga mengakibatkan kira-kira 20 orang tinggal sehelai sepinggang,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap sama menambah, punca kebakaran masih lagi dalam proses siasatan. — DayakDaily

Advertisement