LHDN nafi miliki akaun TikTok

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia logo

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan ia mempunyai akaun media sosial TikTok seperti yang tular baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, LHDN berkata lembaga itu hanya mmepunyai akaun media sosial iaitu, Facebook LHDN, Twitter, Instagram dan YouTube selain portal rasminya bagi tujuan Komunikasi dengan pelanggannya.

Katanya, bagali akaun Facebook LHDN pelanggan boleh mengguna pautan facebook.com/LHDNM sementara akaun Twitternya di @LHDNMofficial.


“Bagi akaun Instagram pula orang ramai boleh pergi ke pautan @LHDNM dan untuk akaun YouTube pula adalah LhdnTube,”kata kenyataan itu.

Justeru katanya, satu laporan polis telah di buat oleh LHDN dan akan disusuli pula dengan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam waktu terdekat.

Ia bagi mengelakkan nama LHDNM daripada terus di salahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“LHDNM turut ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab dalam setiap penyiaran (posting) di media sosial.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 dan 603-8911 1100 untuk mereka yang berada di luar Negara, HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.” tambah kenyataan itu. -DayakDaily