Letupan gas bawah tanah: Pemilik kedai makan cedera di kepala, patah kaki kanan

Anggota Bomba tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 30 Sept: Seorang pemilik kedai makan di Jalan Kwang Tung cedera di bahagian kepala dan patah kaki kanan dalam satu kejadian letupan gas bawah tanah tengahari tadi.

Menurut pemangku penguasa Bomba Zon Miri Ahmad Nizam Sapaiee, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 2.23 petang.


“Setibanya dilokasi kejadian, didapati berlaku letupan gas bawah tanah berpunca daripada ruang bahagian dinding dapur kwang tung cafe, semasa kejadian, mangsa berusia 41 tahun yang membuat pemeriksaan sendiri punca bau gas tersebut telah cedera dibahagian kepala dan patah kaki kanan akibat letupan,” ujarnya.

Bertindak daripada panggilan kecemasan tersebut , sepasukan anggota dari Balai Bomba Sentral telah dikerahkan ke lokasi

Katanya, anggota bomba bertindak menutup sementara premis tersebut untuk kerja-kerja pemeriksaan punca sebenar kebocoran gas oleh Sarawak gas distributor.

Operasi terkawal sekitar jam 3.10 petang. — DayakDaily