This Content Is Only For Subscribers
Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
KUCHING, 28 Ogos: Lencongan jalan sementara di KM14 hingga KM16 iaitu dari Bukit Begunan ke Kampung Punggu Tapang, Jalan Serian ke Sri Aman kini dibuka.
Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu notis berkata, lencongan tersebut telah dibuka mulai semalam, 27 Ogos.
Pengguna jalan raya diminta supaya berhati-hati semasa memandu di kawasan ini sepanjang tempoh pembukaan jalan lencongan sementara sedang aktif berlangsung.
Pengguna juga diminta supaya mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan dengan perhatian khusus apabila lorong jalan telah berubah menjadi dua hala. — DayakDaily
Advertisement