Lelaki warga India berdepan lapan pertuduhan kes tipu pekerjaan

Kelihatan tertuduh warga India.

Oleh Dean Adam

SIBU, Feb 19: Seorang lelaki warga India telah dituduh dengan lapan pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret 2 di sini hari ini.

Pendakwaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Sibu itu telah dibuat oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Awang Iswandi Awang Mahmuddin dan pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Faizal Che Saad.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku salah dan Majistret Muhammad Faizal tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.

Mengikut keselahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan jika didapati bersalah tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 1 tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, sebelum itu, seramai 8 orang mangsa warga India telah buat laporan polis di Balai Polis Pusat Sibu pada Februari 13 lalu.

“Kes itu melibatkan penipuan tawaran pekerjaan krew kapal di Sibu membabitkan kerugian sebanyak RM69,868.47,” katanya. — DayakDaily