KUCHING, 10 Feb: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan terperangkap di dalam bilik air disahkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 12.49 tengah hari di Taman Federal Matang dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, pasukan bomba yang tiba kemudian bertindak mengopek pintu bilik air tersebut untuk mengeluarkan mangsa yang berusia 64 tahun.
“Mangsa didapati berada dalam keadaan meniarap serta tidak sedarkan diri semasa ditemui dalam bilik air tersebut.
“Dia seterunya dibawa keluar dan telah disahkan meninggal dunia selepas diperiksa pihak Kementerian Kesihan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hadir sama di lokasi kejadian ialah beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). — DayakDaily