BINTANGOR, 26 Mei: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang semasa keluar berburu sejak semalam telah ditemui mati hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan di hutan berdekatan Rumah Gumba, Ulu Pedanum Pakan, di sini dan mangsa dilaporkan hilang pada jam 1.47 petang (Jumaat).
Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Komander operasi maklum mangsa dijumpai tidak sedarkan diri di dalam hutan, kira-kira 1 Kilometer dari rumah panjang.
“Seterusnga mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Mangsa dikenali sebagai Tigoh Entili berusia 64 tahun.
Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.45 petang. — DayakDaily