Lelaki warga emas hilang di Kampung Rumih ditemui selamat

Pasukan SAR membantu mangsa yang ditemui selamat.

Oleh Dean Adam

BAU, Mei 17: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Rumih sejak semalam ditemui selamat hari ini.

Mangsa, Choo Dosing, 61, telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 10.30 pagi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di bawah pokok di kawasan hutan kampung berkenaan.

Katanya, semasa ditemui mangsa kelihatan lemah sebelum diberi rawatan awal oleh pasukan SAR.

Kelihatan mangsa ditemui dalam keadaan selamat.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11 pagi,” katanya di sini hari ini.

Sebelum itu, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.45 malam tadi.

Operasi SAR itu turut disertai pasukan polis dan APM. — DayakDaily