Lelaki warga emas hilang di Julau, ditemui mati

Mayat mangsa dibawa naik ke darat untuk diserahkan kepada pihak polis.
Advertisement

JULAU, 30 Jun: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas tergelincir dari perahunya di pengkalan perahu Rumah Gerasi, Nanga Ju Mujok m, di sini ditemui mati hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mayat mangsa dikenali sebagai Nyawai Guntor,75 tahun dijumpai orang awam di Nanga Serau, Ulu Mujok iaitu kira-kira 15 minit perjalanan menggunakan perahu dari lokasi mangsa terjatuh.

Katanya, pasukan Bomba menunggu di Jeti Entabai-Julau sehingga mangsa tiba dibawa menggunakan perahu orang awam.

Advertisement

“Mayat mangsa tiba di jeti kira-kira jam 12 tengah hari dan pada jam 12.30 tengah hari, kerja-kerja memindahkan mayat mangsa ke dalam trak polis telah selesai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diistiharkan tamat sepenuhnya selepas itu.

Mangsa dilaporkan hilang sejak 27 Jun lalu ketika hendak ke kebun mengunakan perahu.

Dia dikatakan tergelincir semasa hendak menaiki perahu dan hanyut dibawa arus sungai yang deras.

Penduduk rumah panjang bersama pasukan polis berusaha mencari mangsa namun gagal ditemui sehingga hari ini. — DayakDaily

Advertisement