Lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan tergantung

Royal Malaysia Police logo
Advertisement

Oleh Dean Adam

KUCHING, Julai 3: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai membunuh diri di sebuah pusat membeli belah di sini hari.

Mangsa, 57, ditemui mati dalam keadaan tergantung oleh pengawal keselamatan di tingkat 13 bangunan berkenaan pada pukul 1 petang.

Advertisement

Menurut sumber, mangsa ditemui dengan lehernya tergantung dengan menggunakan tali nilon.

Katanya, pengawal keselamatan tersebut kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan pusat komersial berkenaan sebelum mereka menghubungi polis .

“Pasukan polis kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan dan siasatan kes berkenaan.

“Siasatan awal mendapati tali nilon yang digunakan oleh mangsa diikat pada pemegang tangga di tingkat 12 bangunan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sumber menambah, siasatan juga mendapati tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian..

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

“Buat masa ini, kes masih lagi dalam proses siasatan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement