Lelaki warga emas diberkas disyaki rogol kanak-kanak perempuan

Violence against women and children. — DayakDaily.com file pic. // Photo: PIxabay

KOTA SAMARAHAN, Jun 22: Tindakan terkutuk seorang lelaki yang didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah di sini akhirnya terbalas apabila warga emas berkenaan diberkas di Matang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sarawak, SAC Denis Leong Soon Kuai berkata, suspek berumur 70 tahun tersebut dicekup oleh polis pada pukul 11 pagi.

Menurutnya, penahanan ke atas suspek itu dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada mangsa yang berusia 11 tahun di Balai Polis Kota Samarahan di sini semalam.


“Mangsa yang ditemani kedua-dua ibu bapanya telah membuat laporan polis mendakwa suspek telah melakukan perbuatan jijik berkenaan pada pukul 2.30 pagi semalam.

“Kejadian itu didakwa berlaku di bilik tidur mangsa dan semasa dia sedang tidur sebelum suspek masuk ke dalam bilik tersebut dan merogol kanak-kanak terbabit,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dennis memberitahu, ibu bapa mangsa sudah membawa anak mereka ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini bagi melakukan pemeriksaan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keksaan kerana merogol.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan,” katanya. — DayakDaily